Friday 29 January 2016

PUNCA SAKIT

Dikongsi dari beberapa sumber, kalau suke, osem!. Kalau tak, tepis je wokay, tak payah nak gaduh2. Cari punca sakit lagi worait dari tunding jari pada orang lain yg sakit. Jom le cari kesembuhan dlm diri dulu. Baru boleh sembuhkan dunia, ye dak.

PUNCA SAKIT:
Ada byk, antaranya:

> Percaya bahawa cahaya dan benda adalah dua perkara yg berbeza: "cahaya lain, benda lain, tak sama la, apara ko ni" 

> Terlampau giler layan dimensi benda je (dimensi lain yg ghaib, termasuk dimensi fikir dan rasa, tak di'laras'kan walaupun dah tak belen)

> "Bab 'rasa-rasa' ni tolong ya, saya tak pakai, saya nak data dan fakta ok. Hal-hal tak boleh nampak dan tak boleh sukat ni, saya tak layan la. Tak boleh buat K.P.I. Macam mana nak sukat kemajuan dan kejayaan?"

> "Apa! tautan batin? benda2 ni bomoh je layan. Benda2 psikik ni buat rancangan misteri nusantara je."

> Percaya bahawa dimensi benda berdiri sendiri, indipenden, berbeza dengan dimensi fikiran dan perasaan. "Mana boleh fikiran dan perasaan bagi kesan pada benda, atau benda beri kesan pada fikiran dan perasaan. Mana boleh rasa kasih sayang bagi kesan pada ruang, benda dan masa! Ada ke sifat tamak, dengki, benci boleh hasilkan ruang dan benda yang penuh gelombang tamak, dengki dan benci, ngarot la ko ni!"

> "Alam ni, 1,2,3 dimensi, campor masa. Tu je. Ruang, benda dan masa, tiga2 tu berdiri sendiri, lain-lain. Mana ada dimensi2 lain yg tinggi2, halus2, jgn nak merepek la!"

> "Alam semulajadi ni, adalah modal untuk aku cari untung puas2. Orang lain, adalah sumber modal balaci utk aku kuasai, kerah dan tunggang puas2, kalau tak pun, jadikan pelanggan yang ketagih dan taat dgn produk dan jenama aku. Nak untung ke, atau nak sedekah?. Kalau nak sedekah, pastikan satu dunia tau, barula boleh naikkan nilai jenama. Baru boleh untung. Jgn jadi bodo la ko ni."

> "Aku, aku. Engko, engko. Aku independen la, tau tak!"

> "Memori aku ada dalam otak aku, aku punya. Minda aku pun dalam otak aku juga, aku punya. Ni idea aku tau, aku punya."

> "Kalau nak pandai, fokus betul2 pada penjurusan dalam satu jenis ilmu je. Toksah nak kait-kaitkan dgn ilmu2 lain, buat susah je nak buat kajian, nanti tak dapat degree. Takda degree, mcm mana nak jadi pandai?"

> "Seni lain, sains lain, mana bole campor-campor mcm ABC."

> "Kalau nak berjaya, mesti boleh memiliki, menguasai, mengawal, mendominasi orang lain."

> "Nak berzikir, pi masjid. Ni tempat kerja, bukan tempat berzikir."

> "Aku artis, ni ekspresi peribadi aku, unik, sebab tu harganya mahal. Tak sama dgn orang lain."


Masa utk menjadi bahagiawan. Masa utk menyembuh ketagihan mencari kepandaian ikut ilmu tahu bukan ilmu lalu. Ilmu tahu hanya menjadikan seorang itu 'candukiawan', seperti yg menulis ini.

Jom cari kesembuhan untuk mudah berhijrah, sepanjang masa, setiap sekarang.









No comments:

Post a Comment

DENAI PULIH

Tidak semua tentang rawatan, pemulihan dan penyembuhan itu bergantung pd sains perubatan semata-mata, atau ilmu yg bersifat empirikal sj. Ia...