Saturday 24 March 2018

AL-KESAH KOBOI BALIK KAMPUNG


Semalam saya ke Merlimau, Melaka. Jurupandunya Azizan Paiman. Misinya adalah rakaman foto utk karya terbaru koboi balik kampung, Niranjan Rajah. Karya2 siri 'koboi' terbaru Niranjan bermain dgn kerencaman dan pertindihan identiti dlm kecairan geo-politik dan pasaran global.  Wacana foto 'koboi balik kampung' Niranjan sudah ke merata tempat, Singapore Biennale, Burning Man dan KLBiennale. 

Niranjan (yg kini berkerja dan menetap di Canada dgn keluarga) balik kampung utk sessi dialog sempena pameran yg dia usahakan di Galeri Piyadasa, Pusat Kebudayaan, Universiti Malaya. Dialognya tertumpu kpd peranan tradisi dlm kehidupan kontemporari. 

"In this Dialogue Session we will explore the life work of the scholar and author Durai Raja Singam form personal, communal, national and international perspectives.  We will then go on to discuss the role of tradition in the contemporary art and social life of the nation. Pictured above in his habitual work attire in the later years of his life, the ever so modest Dr. Singam held two honorary Doctorates (awarded by the University of Jaffna and the Banaras Hindu University). He was as fluent in the contemporary lingua franca of international scholarship as he was steeped in Hindu tradition, Durai Raja Singam’s lifework is the epitome of a post-traditional praxis."

Utk rakaman foto di Merlimau, Niranjan melanjutkan wacana koboinya, kali ini dgn saya dan 'rumah tradisional Melaka' sebagai 'teks' dlm fotonya. Rumah tradisional Melaka merujuk kpd karya cetakan dot matrix kolaj digital Ismail Zain berjudul 'Al-Kesah'. 

Saya petik refleksi karya tersebut yg pernah saya rakamkan dlm blog lepas. 

Tinggalan yang lebih bermakna dari seseorang (terutama sekali guru) adalah tinggalah warisan batin, termasuk ilmu yang bermanfaat untuk yang masih hidup. 

Alkisahnya, saya terserempak lagi dengan "Al-Kesah"(1988), karya kolaj digital guru saya, Allahyarham Ismail Zain. Karya ini adalah tinggalan Ismail Zain yang menjadi antara tanda utama pendewasaan minda saya. 

"Al-Kesah" memaparkan kolaj digital sebuah rumah tradisional Melayu Melaka yang menjadi latar untuk kolaj foto keluarga fiksyen JR Ewing (dalam sebuah siri soap operaTV popular sekitar 80an dulu). 

Pak Mail menyentuh tentang 'pemodenan' landskap kampung - dalam konteks globalisasi (atau globa-lu-kasi, globalisasau, juga gooblelibasi), terutama kesan merata dari media massa dan seni bina antarabangsa. 

Kaitan sebegini mengizinkan pembacaan semitotik bersifat inter-textual, yang saya suka layan. Kaitan sebegini juga pernah dikuliahkan kepada saya oleh Ismail Zain, ketika berguru dengan beliau di ITM dulu. 

Saya kongsi sikit sisi saya tentang karya "Al-Kesah". 

Ia dah jadi macam kawan lama, yang telah meninggalkan sesuatu yang amat berbekas dalam diri saya. Kali pertama, ketika dalam studio lukisan tahun 4 (tahun akhir) di Jabatan Seni Halus, Kajian Seni Lukis & Seni Reka ITM. Ketika tu saya (dan rakan-rakan sekelas) dikhutbahkan tentang semiotik oleh Pak Mail (Ismail Zain), yang mengajar kami lukisan. Beliau sempat menunjukkan slidekarya-karya kolaj digital, termasuk "Al-Kesah". 

"Sekarang kalau ke kampung, jangan terkejut kalau dengaq depa gossip tentang JR Ewing, Bobby, Pamela. Siapa bunuh JR? Bini dia sendiri kot? Apa jadi dengan Bobby dan Pamela?..... Ahli keluarga Ewing dalam drama Dallas di tv, sekarang ni dah jadi sebahagian dari orang kampung. Cerita mereka pun boleh jadi bahan gosip kedai kopi di kampung." Gitulah lebih kurang diceritakan pada kami oleh Ismail Zain, sambil melakonkan watak makcik-makcik mengumpat. Kami senyum, mungkin sebab masih kurang fasih tentang globalisasi, atauinstant communication dan segala teori informasi. 

Kali kedua, ketika di rumah Ismail Zain sendiri, yang berkhutbah tentang cultural anthropology sambil menunjuk-nunjuk komputer Apple dia (kini dah pupus). Dia sebut nama-nama orang yang saya tak kenal  - Strauss, Berger, Sontag, MacLuhan, dll. Saya angguk-angguk je, pura-pura paham.

Kali ketiga, sewaktu buat Masters di USA, saya buat satu tugasan tentang Ismail Zain. Saya rujuk semula "Al-Kesah", sebab rasa dah pandai sikit setelah berkenalan dengan nama-nama yang disebut ISmal Zain sebelum ini, menerusi buku-buku mereka, terutama yang berkait dengan semiotik. 

Keempat, selepas pulang dari USA. Bersama dengan Niranjan Rajah, kami mengumpul-semula karya-karya kolaj digital Ismail Zain untuk dipamer dalam satu bilik khas, sebagai tribut kepada beliau selaku pelopor seni elektronik di Malaysia, dalam pameran Seni Elektronik Pertama (1997). 

Kali kelima, ketika memujuk Puan Wairah untuk menjual karya "Al-Kesah", bersama dua lagi karya kolaj digital yang lain, untuk dijadikan sebahagian dari Koleksi Seni Halus USM. Wairah jual dua, hadiahkan satu. Syukur, kini "Al-Kesah" ada dalam Koleksi Seni Halus USM. Jika rindu, saya boleh singgah je ke sana.

(Tautan ke Koleksi USM http://issuu.com/mgtfusc )

Oleh itu, tinggalan mereka yang lebih molek dan afdal dilestarikan adalah tinggalan warisan 'tak ketara' (intangible), terutama sekali nilai ilmu yang amat kaya, yang boleh kita jadikan denai untuk membuat refleksi terhadap dunia, masyarakat sekeliling, dan yang paling utama, diri kita sendiri. Tentu sekali kita mahu mengingati seniman yang telah meninggal dunia. Namun, tinggalan yang terbaik dari seorang yang telah meninggal dunia, adalah warisan ilmu serta nilai-nilai batin yang boleh dimanfaatkan oleh mereka yang masih hidup.   


Here's my conversation with Niranjan:

Hasnul:

Whats the term u use for my role in your photo bro? Am reflecting on koboi for my blog now.

Niranjan:

Image tentative title is Valayan Katti ... atau pun pengikat dawai. So it is like deconstructing and reconstructing a derogatory term. We were both Valayam Katti together on electronic art days. Thus the relevance of ismail zain.  Also you are ismain z punya direct  pewaris... me also lah indirectly... i am the valayan katti of malaysian internet art. Also we are both somehow still networked on metaphysical plane ... independently  working with tradition,  compasssion, metaphisycs and physics. So your wire carries the electronic video signal, mine the internet data. Together now our network is metaphysical. 


Tautan ke blog Niranjan:

https://koboikembaralagi.wordpress.com/2018/04/03/valayan-katti/

 

 


No comments:

Post a Comment

DENAI PULIH

Tidak semua tentang rawatan, pemulihan dan penyembuhan itu bergantung pd sains perubatan semata-mata, atau ilmu yg bersifat empirikal sj. Ia...